TAJUK : TEMPAT DUDUK & BANGKU
Lakaran idea awalan di white board semasa menerangkan bentuk dan dimensi saiz meja dan bangku kepada pelajar.
|
Daniel dan Khairul sedang memilih, mengukur dan menanda kayu mengikut saiz yang telah ditetapkan.
|
Fasihah sedang menggunakan Circular Saw Machine untuk memotong kayu yang telah ditanda sementara Khairul dan Arif membantu Fasihah memegang kayu itu.
|
Kerja membuat tanggam dimulakan dengan memotong bahagian yang tidak diperlukan dengan menggunakan gergaji tangan.
|
Memotong tanggam dengan menggunakan pahat dan tukul. Khairul Nizam sedang menunjukkan bakatnya.
|
Shahira dan Amira menyusun dan menguji kayu yang telah ditanggam untuk mendapatkan bentuk meja sebenar.
|
Kayu terlalu keras. Untuk memudahkan kerja memaku dan mengelakkan ianya pecah semasa dipaku, bahagian yang hendak dipaku digerudi terlebih dahulu.
|
Paku diminyakkan terlebih dahulu supaya mudah masuk kedalam kayu semasa kerja memaku. Kayu kempas keras tuh.... keras sih...
|
Khairul dengan dibantu rakan, memulakan kerja memaku. Alamak salah guna tukul daa.... takde yang besar lagi ke?
|
Haziqah dan Farah sudah bersedia untuk peringkat seterusnya, iaitu memasang kayu penyambung tengah. Masa ni, ketinggian meja dan bangku telah dapat dibayangkan.
|
Khairul dan Iqra sedang menyambungkan kayu penyambung. Meja masih lagi bergoyang kerana kayu penyokong belum dipasang lagi.
|
Haszlam sedang memasang kayu penyokong untuk menambahkan kekukuhan meja dan bangku mereka.
|
Kerja memasang meja dan bangku. Fasihah (baju biru) dah tak sabar nak duduk. Penat sangat la tu.
|
Yes.. yes... kita dah berjaya...., belum lagi bro... baru jer 80% siap. Yang dua orang minah baju marron tu tengah menguji kekuatan bangku mereka agaknya. |
Anak Wak Surbani sedang menunjukkan bakatnya mengetam papan. Masa ni pinggang akan terasa sakit dan lengan pulak sengal sebab tak biasa.
|
Meja dan bangku ni masih lagi berdangdut (goyang) semasa digunakan. So kena tambah kayu penyokong lagi la. Lepas ni confirm tak bergerak.
|
Hamsatul... baik-baik jari telunjuk tu... nanti kurang RM1,000.00 pulak sebab dah kurang keupayaan satu jari.
|
Haa... bila bergambar semua posing. Takpelah... bila masa lagi nak buat muka bangga & puas hati. Bukan senang nak buat projek macam ni kan.
|
Cukup untuk hari ni... esok kena sambung kerja mengecat pulak. Kerja kemasan yang paling seronok.
|
Alas dengan surat khabar dulu. Budak-budak ni bukan kira apa... kang habis dengan lantai-lantai diaorang cat.
|
Hohoho... dalam ramai-ramai dia ni paling kecik, jadik dapatlah tugas yang rumit... bahagian yang sulit dan terlindung semua serah kat dia. Tengok relaks jer... siap senyum lagi.
|
Kerja mengecat hampir siap... aduh sakitnya pinggang ye Syafiqa. Takpe yang penting puas hati kan.
|
Tu dia... pencemaran longkang. Macam air basuh sotong warnanya. Nasib baik guna cat water base senang sikit nak bersihkan tangan dan alatan.
|
Alhamdulillah... siap juga akhirnya. Masa yang diperlukan cuma 4 hari jer. Lepas ni boleh la placing meja dan bangku ni kat ruang yang sesuai untuk pelajar duduk dan membuat ulangkaji.
|
No comments:
Post a Comment