Monday, August 13, 2012


KERJA KURSUS 3764/3 SPM 2012
TAJUK : TEMPAT DUDUK & BANGKU


Lakaran idea awalan di white board semasa menerangkan bentuk dan dimensi saiz meja dan bangku kepada pelajar.

Daniel dan Khairul sedang memilih, mengukur dan menanda kayu mengikut saiz yang telah ditetapkan.
Fasihah sedang menggunakan Circular Saw Machine untuk memotong kayu yang telah ditanda sementara Khairul dan Arif membantu Fasihah memegang kayu itu.

Kerja membuat tanggam dimulakan dengan memotong bahagian yang tidak diperlukan dengan menggunakan gergaji tangan.


Memotong tanggam dengan menggunakan pahat dan tukul. Khairul Nizam sedang menunjukkan bakatnya.

Shahira dan Amira menyusun dan menguji kayu yang telah ditanggam untuk mendapatkan bentuk meja sebenar.

Kayu terlalu keras. Untuk memudahkan kerja memaku dan mengelakkan ianya pecah semasa dipaku, bahagian yang hendak dipaku digerudi terlebih dahulu.

Paku diminyakkan terlebih dahulu supaya mudah masuk kedalam kayu semasa kerja memaku. Kayu kempas keras tuh.... keras sih...

Khairul dengan dibantu rakan, memulakan kerja memaku. Alamak salah guna tukul daa.... takde yang besar lagi ke?


Haziqah dan Farah sudah bersedia untuk peringkat seterusnya, iaitu memasang kayu penyambung tengah. Masa ni, ketinggian meja dan bangku telah dapat dibayangkan.

Khairul dan Iqra sedang menyambungkan kayu penyambung. Meja masih lagi bergoyang kerana kayu penyokong belum dipasang lagi.

Haszlam sedang memasang kayu penyokong untuk menambahkan kekukuhan meja dan bangku mereka.
Kerja memasang meja dan bangku. Fasihah (baju biru) dah tak sabar nak duduk. Penat sangat la tu.

Yes.. yes... kita dah berjaya...., belum lagi bro... baru jer 80% siap. Yang dua orang minah baju marron tu tengah menguji kekuatan bangku mereka agaknya.

Anak Wak Surbani sedang menunjukkan bakatnya mengetam papan. Masa ni pinggang akan terasa sakit dan lengan pulak sengal sebab tak biasa.

Meja dan bangku ni masih lagi berdangdut (goyang) semasa digunakan. So kena tambah kayu penyokong lagi la. Lepas ni confirm tak bergerak.

Hamsatul... baik-baik jari telunjuk tu... nanti kurang RM1,000.00 pulak sebab dah kurang keupayaan satu jari.

Haa... bila bergambar semua posing. Takpelah... bila masa lagi nak buat muka bangga & puas hati. Bukan senang nak buat projek macam ni kan.

Cukup untuk hari ni... esok kena sambung kerja mengecat pulak. Kerja kemasan yang paling seronok.


Alas dengan surat khabar dulu. Budak-budak ni bukan kira apa... kang habis dengan lantai-lantai diaorang cat.

Hohoho... dalam ramai-ramai dia ni paling kecik, jadik dapatlah tugas yang rumit... bahagian yang sulit dan terlindung semua serah kat dia. Tengok relaks jer... siap senyum lagi.

Kerja mengecat hampir siap... aduh sakitnya pinggang ye Syafiqa. Takpe yang penting puas hati kan.

Tu dia... pencemaran longkang. Macam air basuh sotong warnanya. Nasib baik guna cat water base senang sikit nak bersihkan tangan dan alatan.

Alhamdulillah... siap juga akhirnya. Masa yang diperlukan cuma 4 hari jer. Lepas ni boleh la placing meja dan bangku ni kat ruang yang sesuai untuk pelajar duduk dan membuat ulangkaji.